Kursus Asas Laravel ONLINE ✎ DAFTAR — RM79

✓ ONLINE COURSE · AKSES SEGERA

Kursus Asas Laravel

belajar secara praktikal — bina aplikasi sebenar, langkah demi langkah…

Klik untuk mainkan video

Online course Kursus Asas Laravel ini disampaikan oleh Ts. Khairil Iszuddin bin Ismail. Silibus yang sama digunakan dalam kursus HRD Corp selama 4 hari pada harga RM4,500 seorang — kini dalam format online course yang boleh anda ikuti bila-bila masa, ikut rentak sendiri.

10 MODUL UTAMA 64 VIDEO 8.75 JAM TONTONAN AKSES SEGERA MELALUI LMS

Pakej bermula dari RM79 sahaja! (buku sahaja: RM100 termasuk penghantaran · training + buku: RM149 · lengkap: RM249)

01 — REALITINYA

Pening dan Kecewa Belajar Laravel?

Laravel ni memang rasa susah nak dipelajari. Terlalu banyak konsep baru seperti Composer, Artisan, Eloquent, Blade dan macam-macam. Betul… tapi saya pun dulu macam tu…

Anda cuba dan cuba lagi. Tonton tutorial sampai habis, ikut langkah satu persatu — tapi bila nak bina sendiri, blank. Error merah bertaburan, tak tahu nak mula dari mana. Nak rujuk dokumentasi, panjang lebar. Nak tanya orang, rasa macam soalan tu terlalu basic. Lama-kelamaan, mula terfikir: mungkin programming ni bukan untuk saya.

Tapi tunggu dulu. Masalahnya bukan anda. Masalahnya juga bukan Laravel yang terlalu susah. Masalahnya ialah — pendekatan belajar tu yang salah. Menghafal sintaks satu persatu tanpa konteks, lompat terus ke topik lanjutan, copy-paste kod tanpa faham apa yang berlaku… itu jalan terpantas untuk berputus asa.

MENGHAFAL SINTAKS TUTORIAL MARATHON COPY-PASTE TANPA FAHAM

bukan anda yang lemah — pendekatan belajar tu yang salah!

Bila Laravel dipelajari dalam konteks — membina aplikasi yang betul-betul berjalan, langkah demi langkah — semua konsep tadi mula masuk akal. Composer bukan lagi nama pelik, Artisan jadi kawan kerja harian, dan Eloquent mula “bercakap” dengan anda.

Wanita menunjukkan rasa pening dan kecewa
“kenapa tak jalan ni?!”

dulu saya pun macam ni jugak…

02 — PENDEKATAN

Pendekatan Belajar dengan Konteks

Kursus ini diolah supaya peserta terus terlibat secara langsung dalam proses pembangunan projek, sambil memahami konsep, struktur, dan keupayaan yang ditawarkan oleh Laravel. Pendekatan pembelajaran adalah berasaskan amali, di mana peserta membina aplikasi secara langkah demi langkah bagi memberi gambaran sebenar tentang aliran kerja pembangunan aplikasi moden.

Sepanjang kursus, penerangan teori akan disampaikan secara ringkas dan terus diaplikasikan ke dalam projek, supaya peserta bukan sahaja memahami sesuatu konsep, tetapi juga tahu bagaimana untuk menggunakannya dalam situasi sebenar. Pendekatan ini lebih berkesan kerana peserta mempelajari Laravel dalam konteks pembangunan aplikasi yang sebenar, bukannya sekadar menghafal fungsi atau sintaks secara terasing. Ini membantu peserta memahami hubungan antara setiap komponen Laravel dengan lebih jelas serta membina keyakinan untuk menghasilkan aplikasi mereka sendiri selepas tamat kursus.

Carta langkah pembelajaran — proses dan pendekatan pengajaran Kursus Asas Laravel, langkah demi langkah
pendekatan saya bila mengajar — langkah demi langkah ✓

bukan menghafal sintaks — fahami konsep dalam konteks sebenar!

03 — ZAMAN AI

Kalau AI Dah Boleh Coding, Kenapa Belajar Laravel?

Kalau soalan tu ada dalam kepala anda sekarang — anda tak bersendirian. Saya sendiri guna AI setiap hari: GitHub Copilot, Claude, OpenCode. Tapi selepas sekian lama menggunakannya, satu perkara yang saya pasti: hasil AI hanya sebaik arahan yang anda beri — dan hanya sebaik kefahaman anda untuk menyemaknya.

Sebab itu kefahaman Laravel penting — ia buat arahan (prompt) anda lebih tepat, dan hasilnya lebih baik. Kalau anda tak tahu apa itu migration, Eloquent atau Policy, anda tak tahu nak minta apa dari AI. Dan bila AI tersilap — ia akan berlaku — anda je yang tak perasan. Kod yang nampak betul boleh menyimpan lubang keselamatan; kalau anda tak boleh membacanya, anda tak boleh ship dengan yakin.

AI memang pantas membina 70% pertama — demo yang nampak hebat dalam beberapa minit. Tapi 30% terakhir — auth, validation, policy, deployment — bahagian yang buat aplikasi betul-betul selamat dan sedia untuk production. Bahagian tu, AI tak boleh belajar untuk anda.

Dan realitinya — Laravel sendiri dibangunkan untuk digunakan bersama AI. Laravel Boost memberikan konteks aplikasi anda kepada agen AI seperti Claude, Codex dan OpenCode, supaya hasil yang dikeluarkan lebih tepat. Framework yang anda pelajari ini, bergerak seiring dengan zaman.

✓ PROMPT LAGI TEPAT ✓ TAHU BILA AI SILAP ✓ SIAP 100%, BUKAN 70%

AI tak akan gantikan programmer — tapi programmer yang guna AI, akan gantikan yang tak!

AI CODING ASSISTANT

buat fungsi simpan user baru

Baik! Gunakan kod ini:

public function store(Request $r) { User::create($r->all()); return redirect('/users'); }

↑ lubang mass assignment — bahaya!

“nampak betul… tapi ada lubang!”

faham Laravel = tahu bila AI silap ✓

Dan di kursus ini, kami tak sorok AI — kami ajarkan cara guna AI bersama Laravel, terus praktikal dalam silibus: lihat silibus ↓

  • ✓AI CODING DENGAN GITHUB COPILOT & LARAVEL BOOST · MODUL 4
  • ✓OPENCODE — ALTERNATIF KEPADA COPILOT · MODUL 5
  • ✓LARAVEL BOOST — KONTEKS APP UNTUK AGEN AI
  • ✓GUNA AI SEBAGAI TUTOR — BELAJAR LEBIH PANTAS

belajar Laravel sekarang — anda datang pada masa paling menarik ✓

04 — SILIBUS

Silibus Kursus

Kursus ini dipecahkan kepada 10 modul utama, dan secara keseluruhan ia mengandungi 64 video dengan jumlah tontonan 8.75 jam seperti di bawah:

MODUL 1 · 3 VIDEO

Persiapan

  • Persiapan
  • Laravel Herd
  • VS Code

MODUL 2 · 4 VIDEO

Pemasangan Laravel, MVC & Router

  • Laravel Installation
  • Pengenalan kepada MVC
  • Pengenalan Router
  • Router Bahagian 2

MODUL 3 · 2 VIDEO

Laravel Breeze

  • Laravel Starter Kit Bhg 1
  • Laravel Starter Kit Bhg 2

MODUL 4 · 12 VIDEO

Modul Pengguna (Users)

  • User Listing Bhg 1
  • User Listing Bhg 2
  • NPM Command
  • AI Coding dengan GitHub Copilot & Laravel Boost
  • Laravel Tinker
  • Pagination
  • Pengguna Baru
  • Borang Pengguna Baru
  • Validation
  • Save & Redirect
  • Edit User
  • Delete User

MODUL 5 · 7 VIDEO

Modul Jawatan (Role)

  • Membina Modul Role
  • Role Listing & @forelse
  • OpenCode — Alternatif kepada GitHub Copilot
  • Create Role Form
  • Save New Role
  • Save Update Role
  • Delete Role

MODUL 6 · 4 VIDEO

Operasi Database

  • Migration untuk Pivot Table
  • DBeaver Database Client
  • Operasi Database 1
  • Operasi Database 2

MODUL 7 · 2 VIDEO

Role (Sambungan)

  • Membina UI Untuk Roles di User
  • Menyimpan Roles Untuk User

MODUL 8 · 13 VIDEO

Modul Article

  • Pengenalan Article Module
  • Membina Model, Controller untuk Article
  • Migration, Model & One-to-Many Relationship
  • View Index, Create, Edit
  • Article Listing View
  • New Article Functionality
  • Edit Article Functionality
  • Delete Article Functionality
  • Paparan Homepage & Article
  • Featured Image: Migration, Model, View
  • Featured Image: Controller, Validation
  • Featured Image: Homepage, Article Page, Listing
  • Article Seeder & Factory

MODUL 9 · 7 VIDEO

Email, Policy & Scope

  • Testing & Working with Email, Mailpit
  • Email Verification
  • Model Scope
  • Query Tanpa Scope
  • Policy 1
  • Policy 2
  • Policy dalam View, UserPolicy

MODUL 10 · 10 VIDEO

Deployment ke VPS

  • Pengenalan Deployment
  • Mendapatkan Server VPS
  • Domain Name
  • Virtualmin
  • Git & Github pt 1
  • Git & Github pt 2
  • .env file & Composer
  • Install PHP8.4
  • NVM, NPM, Node, Document Root, Key Generate, DB Migrate
  • Automatic Github Webhook Deployment

semua di dalam senarai semak di atas — satu persatu ✓

05 — TRAINER

Siapa Ts. Iszuddin Ismail?

Iszuddin Ismail adalah graduan UTM dalam bidang Sains Komputer pada tahun 2001. Sejak daripada awal kerjaya, Iszuddin memang mempunyai minat dalam pengaturcaraan web.

Iszuddin telah mula memberi tunjuk ajar dalam bidang pengaturcaraan web ini sejak 2002 lagi, bermula dengan aktiviti sosial untuk komuniti web Sifoo.com. Kemudian beliau juga telah mula menganjurkan acara berkaitan pengaturcaraan dan web untuk komuniti Facebook JOMWEB. Antara kerjasama dahulu termasuklah dengan UPTM (KPTM Cheras), ILP Kuala Langat, UIS (KUIS) dan banyak lagi. Ini juga termasuk kerjasama dengan pihak swasta yang turut sama menyokong komuniti programmer dan developer seperti Neowave Sdn Bhd, Jomsocial Sdn Bhd, Altfa Training, Serai Training dan banyak lagi.

Sepanjang kerjayanya, Iszuddin telah berkhidmat dan membantu startup seperti Xentral Methods (e-sentral.com) dan Kiddocare memulakan tapak digital mereka sebagai Chief Technology Officer di sana. Iszuddin juga terlibat dalam projek dibangunkan MadCash secara rundingan dan perkhidmatan pakar.

Iszuddin Ismail juga adalah penulis buku 24 Jam Laravel, sebuah buku dalam Bahasa Melayu yang memberi fokus kepada pembelajaran asas pembangunan aplikasi menggunakan Laravel dalam tempoh masa yang singkat dan tersusun. Melalui pendekatan yang praktikal, buku ini membantu pembaca memahami konsep teras Laravel seperti routing, controller, model, dan view dengan lebih mudah.

Kulit buku 24 Jam Laravel oleh Iszuddin Ismail

← buku tulisan beliau

  • ✓GRADUAN UTM · SAINS KOMPUTER 2001
  • ✓MEMBERI LATIHAN SEJAK 2002
  • ✓EX-CTO · E-SENTRAL.COM & KIDDOCARE
  • ✓PENULIS BUKU “24 JAM LARAVEL”
Swafoto bersama peserta komuniti di sebuah acara
swafoto komuniti ✓
Berkumpul bersama pasukan Malaysia Techlympics di booth pameran
pasukan Techlympics
Peserta kelas memegang buku 24 Jam Laravel
buku 24 Jam Laravel!
Gambar berkumpulan ratusan peserta developer di himpunan JomLaunch
ratusan developer!
Iszuddin Ismail berkongsi di sesi panel RunCloud bersama ahli panel lain
sesi panel komuniti
Bergambar bersama pasukan MYNIC di pejabat MYNIC
kunjungan MYNIC

bersama komuniti sejak 2002 ✓

06 — TESTIMONI

Testimoni Peserta Program Terdahulu…

“
Saya kini lebih jelas tentang struktur Laravel, fungsi-fungsinya, dan cara ia digunakan dalam dunia sebenar. Hasil daripada kursus ini, saya rasa lebih yakin dan mampu untuk membangunkan aplikasi sendiri menggunakan Laravel.
Foto Juwita binti Wahab

Juwita binti Wahab

LANDASAN TEKNOLOGI (M) SDN BHD

“
Saya telah menyertai kursus Development Workflow with Git, GitLab & Application Deployment—sangat berpuas hati! Penerangan jelas, trainer yang bagus, dan nota yang lengkap. Sangat disyorkan!
Foto Syahrizal Zaihadi

Syahrizal Zaihadi

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH

“
Baru-baru ini saya menghadiri latihan Laravel dan ia merupakan pengalaman yang sangat baik. Jurulatih menerangkan setiap topik dengan jelas, dan saya banyak belajar tentang bagaimana Laravel berfungsi — termasuk routes, controllers dan database.
Foto Fariz Dzolkhifli

Fariz Dzolkhifli

SELIA GROUP

07 — DAFTAR

Pilih Pakej Anda

Empat pilihan mudah — buku 24 Jam Laravel sahaja, online training, training bersama buku, atau pakej lengkap dengan kajian kes sistem sebenar.

PAKEJ 1 · ONLINE TRAINING

Online Training Sahaja

RM99 RM 79 sekali bayar

  • ✓Akses penuh melalui LMS sejurus selepas pembelian
  • ✓10 modul utama · 64 video · jumlah tontonan 8.75 jam
  • ✓Belajar bila-bila masa, ikut rentak sendiri

PAKEJ 2 · BUKU SAHAJA

Buku 24 Jam Laravel Sahaja

RM 100 sekali bayar, termasuk kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia

  • ✓Buku fizikal dalam bahasa Melayu yang mudah difahami
  • ✓382 muka surat, daripada asas Laravel hingga deployment
  • ✓Penghantaran ke alamat anda sudah termasuk
Buku 24 Jam Laravel

PAKEJ 3 · PALING BERBALOI

Online Training + Buku 24 Jam Laravel

RM 149 sekali bayar

  • ✓Semuanya dalam Pakej 1
  • ✓Buku 24 Jam Laravel edisi BM
  • ✓Buku dihantar ke alamat anda
Buku 24 Jam Laravel

dihantar
ke rumah!

PAKEJ 4 · PALING LENGKAP

Semuanya + Kajian Kes Sistem Sebenar

RM 249 sekali bayar

  • ✓Semuanya dalam Pakej 1 & Pakej 3
  • ✓Video kajian kes — pembangunan penuh sebuah sistem sebenar oleh Iszuddin Ismail
  • ✓Nampak keseluruhan proses — dari idea sampai sistem berjalan

* VIDEO KAJIAN KES AKAN DIMUAT NAIK KE LMS SELEWAT-LEWATNYA 1 NOVEMBER 2026

SILIBUS SAMA KURSUS HRD CORP 4 HARI (RM4,500 SEORANG) · HARGA BIASA ONLINE COURSE RM490

pilih satu — dan mula belajar hari ini juga ✓

08 — FAQ

Soalan Lazim

Bagaimana saya dapat akses kursus selepas mendaftar? +

Akses penuh diberikan melalui LMS (learning management system) sejurus selepas pembayaran disahkan. Tiada tempoh menunggu — anda boleh mula belajar pada hari yang sama.

Berapa lama tempoh akses ke LMS? +

Anda boleh belajar ikut rentak sendiri, bila-bila masa — ulang mana-mana daripada 10 modul dan 64 video tersebut mengikut keperluan anda.

Saya tiada asas programming. Sesuai ke kursus ini? +

Ya — kursus ini direka sebagai kursus asas. Anda akan membina aplikasi sebenar langkah demi langkah, dengan setiap konsep diterangkan dalam konteks projek, bukan sekadar menghafal sintaks.

Apa yang saya perlukan sebelum mula? +

Sebuah komputer (atau laptop) dengan sambungan internet. Modul 1 akan membimbing anda memasang Laravel Herd, VS Code dan semua persiapan yang diperlukan.

Bila saya terima buku 24 Jam Laravel (Pakej 2, 3 & 4)? +

Buku akan dihantar ke alamat yang anda isi semasa pendaftaran. Akses LMS pula diberikan serta-merta — anda boleh mula belajar sementara menunggu buku sampai.

Apa yang ada dalam video kajian kes (Pakej 4)? +

Rakaman pembangunan penuh sebuah sistem sebenar oleh Iszuddin Ismail — dari idea sampai sistem berjalan — supaya anda nampak keseluruhan proses kerja seorang developer profesional.

Adakah sijil penyertaan disediakan? +

Sijil penyertaan disediakan atas permintaan selepas anda melengkapkan modul-modul kursus. Hubungi kami dengan nama penuh seperti dalam pendaftaran untuk urusan sijil.

ada soalan lain? hubungi kami ✓